Saturday, August 23, 2008

Manusia Dan Kucing


Semalam aku ada terjumpe satu cerita ini dalam email box aku..yang di forwardkan oleh member-member..cerita ini ada pengajaran di sebaliknya..ni aku paste..korang bace lah

salam..

alkisah~

seorang hakim lalu di hadapan rumah seorang lelaki yang sedag memukul seekor kucing.Lalu hakim tersebut bertanya kepada lelaki itu,apakah alasan dia memukul seekor binatang yang tidak punyai akal seperti manusia.

“Ana telah menjumpai kucing ini di satu lorang dalam keadaanya yang kesejukan dan lemah.Aku mengambilnya pulang dan memberikan makan dan minum sehingga kucing ini benar2 sihat.Tetapi setelah itu,kucing berkenaan membuang najis merata-rata dalam rumah ana!”,jelas lelaki yang nyata tidak puas hati dengan kucing itu.

“Saudara seIslamku,ini adalah ibarat peringatan Allah kepada kita.Allah telah memelihara kita daripada kecil dengan pelbagai rezeki dan nikmat.Tetapi setelah kita dewasa dan semakin banyak nikmat yang telah Allah limpahkan pada kita, kita kembali derhaka padaNya dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan larangannya.Tetapi adakah anta sedar,Allah yang bersifat Ar-Rahman itu tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan ingkar. Allah masih belum memukul dan menyiksa kita.Sedarlah wahai saudaraku,” balas si hakim yang amat kesal dengan kelakuan lelaki tersebut.

Cuba antum/antunna renung2kan,apakah kita seperti kucing itu,atau lebih teruk lagi???*neutral*