Saturday, December 20, 2008

Anda Dan Fart @ Kentut



Ada sikit fakta..cubelah baca..bagi tambah sikit ilmu di dada

1.

Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.


Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.



2.

Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.



3.

Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.



4.

Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang ..anus.. saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.



5.

Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk.

Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6.

Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.



7.

Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar ..anus.. lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar ..anus... Dalam perjalanan ke arah ..anus.. gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.



8.

Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.



9.

Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.



10.

Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.



11.

Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.



12.

Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).



13.

Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum ..soft drink.., naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).



14.

Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.



15.

Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.



16.

Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.



17.

Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.



18.

Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.



19.

Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.



20.

Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya ..orange.. seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe

21.

Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).



22.

Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu..alam

Wednesday, November 19, 2008

Senarai Jutawan Malaysia

korang lihatlah..renung2kanlah...

1. Robert Kuok Hock Nien, 84, RM 58.110 billion, Kerry/Kuok Group
2. T. Ananda Krishnan, 69, RM 19.625 billion, Usaha Tegas
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, 69, RM 14.943 billion, IOI Group
4. Tan Sri Quek Leng Chan, 65, RM 11.098 billion, Hong Leong Group
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 57, RM 8.550 billion, Albukhary Foundation
6. Tan Sri Teh Hong Piow, 78, RM 8.06 billion, Public Bank
7. Tan Sri Tiong Hiew King, 71, RM 3.87 billion, Rimbunan Hijau
8. Tan Sri Vincent Tan, 56, RM 3.40 billion, Berjaya Group
9. Tan Sri Lim Kok Thay. 56, RM 3.16 billion, Genting Group
10. Tan Sri Azman Hashim, 68, RM 2.87 billion, Arab-Malaysian Corp

11. Datuk Lee Yeow Chor, 42, RM 2.33 billion, IOI Group
12. Lee Yeow Seng, 29, RM 2.29 billion, IOI Group
13. Tan Sri Yeoh Tiong Lay, 78, RM 1.74 billion, YTL Group
14. Ong Beng Seng, 62, RM 1.73 billion, Hotel Properties Ltd
15. Tan Sri Jeffrey Cheah Fook Ling, 62, RM 1.49 billion, Sunway Group
16. Datuk Yaw Teck Seng, 70, RM 1.39 billion, Samling Group
17. Datuk Seri Lee Oi Hian, 58, RM 1.304 billion, Batu Kawan
18. Datuk Lee Hau Hian, 55, RM 1.301 billion, Batu Kawan
19. Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, 54, RM 0.99 billion, YTL Group
20. Datuk Mokhzani Tun Mahathir, 46, RM 0.97 billion, Kencana Petroleum
21. Datuk Yeoh Seok Hong, 49, RM 0.883 billion, YTL Group
22. Datuk Yeoh Seok Kian, 51, RM 0.881 billion, YTL Group
23. Datuk Micheal Yeoh Sock Siong, 48, RM 0.87 billion, YTL Group
24. Datuk Mark Yeoh Seok Kah, 43, RM 0.86 billion, YTL Group
25. Tan Sri Hamdan Mohamad, 52, RM 0.85 billion, Ranhill
26. Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah, 47, RM 0.83 billion, Gamuda
27. Tan Sri Dr Lim Wee Chai, 50, RM 0.78 billion, Top Glove Corp
28. Tan Sri Kua Sian Kooi, 56, RM 0.75 billion, Kurnia Asia
29. Puan Sri Chong Chook Yew, 85, RM 0.71 billion, Selangor Properties
30. Datuk Tony Tiah Thee Kian, 61, RM 0.67 billion, TA Enterprise
31. Datuk Tan Chin Nam, 82, RM 0.61 billion, Tan & Tan
32. Tan Sri Rozali Ismail, 52, RM 0.59 billion, Puncak Niaga Holding
33. Shaari Ismail, 53, RM 0.57 billion, Puncak Niaga Holding
34. Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun, 72, RM 0.533 billion, Gek Poh Holdings
35. Datuk Lin Yun Ling, 52, RM 0.532 billion, Gamuda
36. Datuk Seri Liew Kee Sin, 49, RM 0.52 billion, SP Setia
37. Ong Leong Huat, 64, RM 0.50 billion, OSK Holdings
38. Datuk Abdul Hamed Sepawi, 57, RM 0.49 billion, Naim Cendera Holdings
39. Datuk Tony Fernandes, 43, RM 0.47 billion, AirAsia
40. Kwan Ngen Chung, 48, RM 0.40 billion, Kwantas Corp

41.Tan Sri Arif,24 RM039 bilion,E-penz Inc

Mungkin info ini dapat membantu kalian yang mencari maklumat diatas. :)


Saturday, November 15, 2008

Jamuan Hari Raya Pejabat Suk (UPSM)

Pada hari pe ntah.,.aku pun tak ingat dah lagi tarikh bersejarah ni..isk...pejabat aku ade buat rumah terbuka unit upsm utk geng2 upsm jer..banyak gak la makanan..donate rm5 sorang..boss kemut tak wat kuarkan duit utk jamuan hari raya ari tu..ramai gak la jabatan2 bawah suk ni buat jamuan terbuka..tapi kiteorg buat jugak terbuka..tapi terbuka utk staff-staff kiteorg je..budjet ciput bos kemut..huhu walauapapun..enjoY!


(dari kiri: jabal,syed,en.arif,hafizal,lee,and shah..geng2 rendang tak berbuah)

Patutnye banyak lagi gambar2 jamuan ni..tapi pada aku hanyalah yg ni jer..tu pun blutooh ngan member ofis aku "ina"..kalau korang nak tengok banyak lagi..pergi lah ke blog beliau di http://qaisya.blogspot.com ...

Kebun Inspector ;)

Pada hari minggu yg lepas..err bpe hari bulan tak ingat dah aku..rasa dalam 2hb Nov 2008 tak silap aku..aku dan family belah mak aku telah merancang utk melawat kebun inspector utk meninjau2 aktiviti pembersihan kebun..kebun yg terletak di jalan nak ke sg lembing..apa nama ntah tempat tu tak ingat dah aku..lupa aje..lewat post la kawan2, sorry yer..enjoy tha pic ok!



Kenapa kebun ini di panggil kebun inspector? .. hehee..pasal kebun ini kepunyaan pak sedara aku iaitu anak kepada tokku aku ni..dia beli dari ayah dia lah..asal kebun ni kepunyaan tokku aku punye..so dia ingat nak jual nak pakai duit pergi haji..last2 anak dia yg nak beli..anak dia tu kerja chef inspector di briekfields (betul ke ejaan aku?) .. so duit banyak lah..pasal tu aku namakan kebun inspector..huhu..jgn mare yer* waktu pergi ke kebun ni aku,tokku,tokwa,maklam,mak aku,dan little boy serta anak maklam aku iaitu papito



Dan kami bertolak balik ke rumah tokku aku yg terletak dalam 8 kilometer dari kebun - bkt kuin..

*gambar di atas di rakam menggunakan lense kamera hp berkapasiti 3.2 megapixel jenis model sony ericsson k810i ;)

Genting Trip's With Mama


Pada 26hb october 2008 lepas..aku dan sefamily aku telah menelajah ke genting highlands..dengan berbekalkan wira 1.5 not turbo type and not lanser gsr dengan duit rm sebanyak !!!!censored!!! aku,mak aku,dan adik aku 2 org.Genting trip ni dah lama aku rancang..cuma x dpt pergi je..al maklumlah kerja banyak kat opis..cuti pun jarang..ok kali ni aku berkongsi dengan korang perjalanan trip aku dari kuantan ke genting's ;) enjoyer!


(penangkapan semasa memandu ke genting dengan kelajuan 140 k/m sejam..*dilarang sama sekali meniru aksi di atas..)

Sebelum itu aku ajak bapak aku pergi sama..tapi dia tak mau plak..merajuk ape ntah org tua tuh..last2 aku pergi ngan mak aku dan adik2 aku jer..dengan semangat trip yg aku ada..aku drive thru..mean selamber je la drive sorang2 ..ekekeke..

(lin,my mama and little boy..*aku kat belakang camera ;))

Waktu perjalanan dari kuantan ke genting mengambil masa 2 jam lebih jugak la...itu kire outgoing berenti makan dan tandas..bertolak dari kuantan pukul 12.30 dan sampai ke genting pukul 3.00ptg..*sempat berposing sebelum menaiki genting skyway cabel car ;)





Agak lama jugak la beratur utk menaiki kabel car ni..dari hujung sampai la ke kaunter menaikinya..masa tu pukul 3 lebey dah..fuh~ puas la beratur..si little boy tak abeh2 mengacau org2 yg sedang agak keseriusan utk menaiki kabel car di situ..so enjoy pic di atas..*mak aku agak gembira jugaa...huhu..love u mama..this trip dedicate to you~



Perjalanan dari kabel car ke genting mengambil masa agak kurang daripada 45 minit..fuh~ masa yg agak lama jgk utk naik ke atas ;) err..lupe nak citer pasal tambang..tambangnya murah2 bangat.. pergi balik hanya rm10 satu kepala..bermakna pergi rm5..dan balik rm5..so berpatutanlah..aku 4 org .. kenalah rm40..sepatutnye rm30 jer..little boy tu takpayah takpe..tapi aku silap ckp kat awek kaunter tu 3 dewasa 1 budak kecik..tapi awek kaunter tu aku tengok mcm bongok jer..pakai spek mata tebal..jenis 3000 lapis kanta tebal..


(little boy merajuk pandang ke atas..hikhik)

Sampailah kami di genting highlands...dengan kesejukkan 25.c paras beku..waktu tu tak ramai la jgk org..biasa2 je..boleh la panggil ikan sardin lagi la duduk dalam tu..aku tak banyak amik gambar..sekadar layan2 je..banyak layan songeh si little boy la..nak naik tu la ini la...mcm2..outdoor masa tu agak tak berapa cerah la..biasa la musim hujan lagi neh..so aku amik keputusan hanyalah jalan2 sahaja...makan kfc bla bla bla...banyak jgk la pusing2 tempatnya..err..cite panjang pun bukan korang nak baca kan tulisan karya aku ni..tengok jerlah pic neh.. huhu enjoyer!



Kami pun berlegar2 la kawasan kat luar genting..agak cantik jugak la pemandangan..boleh la tanye pokok anggur kat atas tu..sejuk pun takde la sesejuk salji..so berehat2 di atas sana..kami bertolak balik pada pukul 6.30 ptg dengan menaiki kabel car turun ke bawah stesennya...nak turun pun ramai jugak yg balik waktu tu..panjang jugak la beratur..ada la dalam 1 kilometer persegi..hmm..dasat2..yg pastinya..kami selamat turun ke bawah pada jam 7 lebey...dan seterusnya bertolak balik ke kuantan dan sampai di kuantan pada jam 9 lebey..fuh~ agak kepuasan diri ini apabila melancong2 dalam negeri sendiri..hehehe..anda bila lagi nak pergi? jgn lambat2 yer..bawak family mmg seronok..ok..sampai kat sini je la coloteh aku..nanti aku post lagi..peace!

____________________________________________________

*Budjet Trip From Kuantan - Genting Higlands (with wira 1.5 auto)

*Tol = Rm50.00 (pergi dan balik)
*Minyak = Rm90.00 (belum turun harga minyak lagi,pergi dan balik)
*Makan = Rm50.00 (pergi dan balik)
Cabel Car = Rm40 (utk 4 org)
_____________________
TOTAL = RM230.00 #
------------------------------
_____________________________________________________
*Anggaran kasar utk perjalanan


So inilah ajelah yg dapat aku berkongsi utk korang pada kali ini..nanti ada trip aku kongsi lagi yerk..korang jgn lupa lah kongsi2 budjet trip korang yerk! enjoyer!

Thursday, October 23, 2008

ak0oo nampak diErr... ;)



entah la..aku pun tak tau ape tajuk dan ape cerita yg aku nak ceritakan ni..tertera dengan tajuk mungkin ada arti..tapi gambar di atas hanya lakonan biasa..amik dari internet gak la ;)

"biar idop ini terus,jgn telus,ako nampak dia...bermulanya pada cermin..alihkanya sedikit..aku nampak dia... ;)"

sekian terima kasih

Saturday, October 11, 2008

Karaokeee--++

hari ni hari sakitkan kongkong... time ni kiteorg lepak selepas menjalankan misi imposible trouble..so takde tempat dah nak di tuju..kiteorg pun terus ke karaoke..sorang 3 lagu..so ada 9 lagu kesemuanya sekali.. casnya rm15.50 :) cas mesra pelanggan..pthuihhh!! enjoy pic!



"pose teristimewa utk korang" hot!



"AaaAAaaaAAAAA" - Buyie menjerit tak tentu hala


"bila botak pandai menyanyi - EeeSSssss" - > Mr.Pijoe


and the last romeo....teng tengggg....


"aku yg Uooouuuuuuuuuu...."

Sekian Terima Kasih...
Tidak Perlukan Tanda Tangan..

Monday, October 06, 2008

Faiz Sudah Muflis?

INI ADALAH KISAH BENAR DARI KERATAN AKHBAR

Skang sudah bermulanya hidup menderita akibat kesempitan wang bagi golongan yang terendah sesangat..dengan kenaikan taraf hidup yang begitu tinggi sampaikan minyak dan barangan2 mentah atau segala barangan dapur menjadikan kehidupan terus bercelaru..

Al kisahnya..member aku telah pun muflis dengan mengadai handsetnya..haha! so pakai la hp N1110 ek..(betul ke tekaan aku hp tu?)



ada sesiapa ingin menolong? sila email dia eizo_nakota



"biasalah..buat ape hp mahal2" - Faiz cor

Sunday, October 05, 2008

Kenapa aku penat bekerja

Kenapa aku penat bekerja??!!

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana
kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam
hidup,akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya
berlaku (the real reason) :



Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai
beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah
23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara.

Jadi tinggal
21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun.

Jadi tinggal
20 juta orang.

Dari
20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika,
sekolah, kolej, universiti dll).


Jadi tinggal
13 juta orang yang boleh buat kerja.



Dari
13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja
kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja.

Jadi tinggal
8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak
3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana...
tinggal dalam hutan.


Dah tinggal
5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak
2.7 juta orang yang
menganggur dan tak der kerja surirumah, pekerja yang kena VSS,
orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).


Tinggallah
2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak
1,215,512 orang dilaporkan
sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh
Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau
hospital kerajaan dan ini termasu klah hospital gila).


Dah tinggal
1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat
1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti
di seluruh negara.

Jadi dah tinggal
2 orang yang boleh buat kerja...
Dan
2 orang itu adalah engkau dan aku...

Dari
dua orang ini... engkau SEKARANG masih
duduk depan komputer, main internet, main games, reading
jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja
langsung...

jadi tinggallah Aku sorang yang buat
kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!!

Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!


Wednesday, September 17, 2008

ATTITUDE dalam Perniagaan..

Hari-hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke
K. Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan
lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.

Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir
pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki -
berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera
menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak
apalah dik... abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih
kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri
pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,
dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa
menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di
meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "
Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke
premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum
dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun
orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga
makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu
saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka
pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya
menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia
menghadiahkan sebuah senyuman.

Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih
kurang
12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya
untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali
sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian
di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya
berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima
kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya
gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah
terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua
matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-
kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata
saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat
tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak,
mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya,
saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.
Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam
bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah
saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan
satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam
perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya
statusnya. Anak yatim kah??

Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya
katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi
kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya
satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn
saya, siapa kita sebenarnya!! ! ---

AGAKNYALAHKAN... KALAU KANAK-KANAK TU ADALAH KITA, ADAKAH KITA AKAN LAKUKAN PERKARA YANG SAMA?

So pikir-pikir la...

Saturday, August 23, 2008

Manusia Dan Kucing


Semalam aku ada terjumpe satu cerita ini dalam email box aku..yang di forwardkan oleh member-member..cerita ini ada pengajaran di sebaliknya..ni aku paste..korang bace lah

salam..

alkisah~

seorang hakim lalu di hadapan rumah seorang lelaki yang sedag memukul seekor kucing.Lalu hakim tersebut bertanya kepada lelaki itu,apakah alasan dia memukul seekor binatang yang tidak punyai akal seperti manusia.

“Ana telah menjumpai kucing ini di satu lorang dalam keadaanya yang kesejukan dan lemah.Aku mengambilnya pulang dan memberikan makan dan minum sehingga kucing ini benar2 sihat.Tetapi setelah itu,kucing berkenaan membuang najis merata-rata dalam rumah ana!”,jelas lelaki yang nyata tidak puas hati dengan kucing itu.

“Saudara seIslamku,ini adalah ibarat peringatan Allah kepada kita.Allah telah memelihara kita daripada kecil dengan pelbagai rezeki dan nikmat.Tetapi setelah kita dewasa dan semakin banyak nikmat yang telah Allah limpahkan pada kita, kita kembali derhaka padaNya dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan larangannya.Tetapi adakah anta sedar,Allah yang bersifat Ar-Rahman itu tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan ingkar. Allah masih belum memukul dan menyiksa kita.Sedarlah wahai saudaraku,” balas si hakim yang amat kesal dengan kelakuan lelaki tersebut.

Cuba antum/antunna renung2kan,apakah kita seperti kucing itu,atau lebih teruk lagi???*neutral*